1 . Sediakan gajet yang sesuai –
Jika mampu, sediakan komputer atau laptop untuk
memudahkan anda update blog, Facebook, Instagram
atau kedai maya anda. Tidak mampu beli semua tu?
Bermulalah dari Handphone anda

2. Gali ilmu –
Ini adalah modal yang paling penting dalam
memulakan bisnes. Carilah mentor, mulakan
membaca dan gali ilmu tentang bisnes yang ingin
anda ceburi. Ilmu yang betul akan membantu anda
memulakan perniagaan dan terus dapatkan jualan

3. Sediakan jadual –
Berniaga dari rumah sambil menjaga anak-anak
memerlukan disiplin yang tinggi. Buat jadual dan
pembahagian masa antara kerja rumah dan bisnes.
Ambil sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk fokus pada
bisnes anda.

4. Buat To Do list –
List ini sangat penting. Buat senarai apa yang
ingin anda lakukan setiap hari mengikut keutamaan.
Ini bagi memastikan anda tidak tertinggal
sebarang perancangan anda pada hari tersebut

5. Dapatkan sokongan pasangan dan keluarga
Orang yang berniada sangat perlukan sokongan.
Carilah sokongan terutama dari orang-orang
disekeliling anda. Tentu anda akan lebih
bersemangat dan tidak akan mudah putus asa.

6. Sentiasa berdoa dan Mohon petunjuk.
Perniagaan bukannya seperti makan gaji yang mana
kita akan terima gaji tiap-tiap bulan. Dekati
diri dengan Maha Pencipta kerana Dialah business
partner kita yang utama. Mohon pertolongan dan
letakkan sepenuhnya pergantungan padaNya

7. Sediakan modal jika perlu –
Jika tiada modal wang, modal ilmulah yang sangat
penting. Jika ada modal wang yang banyak tapi
tidak punya modal ilmu, mungkin modal wang akan
habis begitu sahaja.

Anda terlalu sibuk sampai tak ada masa nak uruskan bisnes..? Klik sini