Category: Kelebihan

15 Fakta Simkad Tone Plus Yang Ramai Tidak Tahu!

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang 15 Fakta Simkad Tone Plus yang ramai masih tidak tahu. Saya rasa rakan-rakan pembaca wajib tahu. ^^

 

Mungkin anda pernah dengar tentang Tone Plus tetapi tidak pernah tahu lebih lanjut tentang Simkad Tone Plus ini. Betul tak? Apa itu simkad Tone Plus?

 

15 FAKTA SIMKAD TONE PLUS

simkad-tone-plus-tune-talk

Di bawah ini , beberapa maklumat & fakta tentang Simkad Tone Plus ini:

 

1. Harga sekeping simkad Tone Plus adalah RM98.60 & apabila aktifkan simkad ini, keahlian Tone Plus anda adalah seumur hidup.

 

2. Harga panggilan untuk simkad Tone Plus adalah 28 sen seminit, SMS 10 sen dan langgan data internet 1G adalah RM38. Tiada caj-caj tersembunyi.

 

3. Simkad ini dihasilkan syarikat di Malaysia iaitu Syarikat Tone Plus Sdn Bhd di bawah Tone Group & memiliki rakan niaga yang besar seperti syarikat Tune Group (TuneTalk, AirAsia, Tune Hotel, Tune Money dan banyak lagi. Simkad Tone Plus adalah produk kedua syarikat Tone Group.

 

4. Line coverage adalah menggunakan line Celcom. Oleh itu, di mana ada Celcom, di situ ada line TUNETALK.

 

5. Topup hanya menggunakan Topup Tunetalk, Jangan minta topup Tone Plus.

 

6. Topup Tunetalk ada dijual di semua kedai yang menjual topup termasuk kedai-kedai Topup, 7-eleven, Station minyak, ATM machine, dan banyak lagi. Paling mudah, tempat-tempat yang biasa kita beli topup.

 

7. Topup Tunetalk juga boleh dibeli secara online seperti melalui Maybank2u, Cimbclicks dan banyak lagi.

 

8. Apabila anda aktifkan simkad, anda akan diberikan no telefon Tunetalk secara rawak.

 

9. Empat nombor belakang telefon tunetalk baru boleh ditukarkan secara online melalui sistem online selfcare Tunetalk. Contohnya 0102345678 . Nombor 5678 boleh anda tukarkan ke nombor yang digemari .

 

10. Jika anda tidak berminat no telefon Tunetalk yang baru, anda boleh PORT-IN atau kekalkan no telefon lama anda melalui Sistem Online Tone Plus. Tidak perlu pergi pejabat pun. Bergantung pada terma & syarat telco-telco lain seperti maxis, Digi, Celcom dan sebagainya.

 

11. Nilai Topup untuk simkad Tone Plus ada RM5, RM10, RM30, RM50 dan RM100.

 

12. Simkad Tone Plus tiada dijual di kedai-kedai terbuka, hanya boleh dapat daripada saya atau melalui agen Tone Plus yang sah sahaja.

 

13. Simkad ini tiada tarikh tamat tempoh (walau pun ada tarikh yang tertulis di belakang simkad).

 

14. Cara mengaktifkan simkad boleh dilakukan secara online iaitu melalui Sistem Online Tone Plus. Penaja akan tolong aktifkan.

Dalam Sistem GroupTonePlus.com, admin akan tolong aktifkan walaupun kami bukan penaja anda. Malah kami tolong aktifkan untuk downline-downline anda atas tajaan anda.

 

15. Kod Ringkas Tunetalk TonePlus.

i) Cara Tambah Nilai (Topup)
Taip *122* 16 digit# dan klik CALL

ii) Cara Semak Baki Kredit
Taip *133# dan klik CALL

iii) Cara Pindahkan Baki Kredit
Taip *111# dan klik CALL
Pilih Credit & seterusnya pilih Transfer

iV) Cara Semak Baki Data
Taip *134# dan klik CALL

Inilah beberapa fakta penting tentang Simkad Tone Plus yang ramai masih tidak tahu. Harap info ini dapat memberi sedikit penjelasan ye. ^^

 

 

 

MANFAAT PROGRAM TONE PLUS

Sebagai pengguna simkad Tone Plus (dikuasakan oleh Tune Talk), anda juga akan mendapat pelbagai manfaat-manfaat dan kelebihan-kelebihan lain daripada pihak telco Tune Talk dan pengendali program Tone Plus seperti berikut..

 

1. PERCUMA AKAUN TUNE TALK SELF-CARE

Selepas mendaftar sebagai ahli program dan pengguna simkad Tone Plus, anda akan diberikan satu akaun peribadi Tune Talk Self-Care.

 

Dengan akaun tersebut, anda akan dapat…

1. Melihat rekod transaksi yang melibatkan keluar/masuk kredit nombor Tone Plus anda.
2. Melihat rekod langganan pakej semasa.
3. Tukar nombor mengikut pilihan anda.
4. Sistem Auto Topup
5. Dan lain-lain.

2. KEMPEN TOPUP PERCUMA

Pihak Tune Talk telah melancarkan kempen TOPUP PERCUMA, dan telah dinikmati oleh semua pengguna simkad Tone Plus sejak 2014 lagi.

 

 

 3. TUNE TALK BIG POINT

Setiap kali anda topup, anda akan diberikan mata ganjaran (TT Big Point) mengikut kadar yang ditetapkan. Mata ganjaran tersebut, anda boleh menebus barangan merchandise daripada Tune Talk, Tiket Air Asia secara PERCUMA, Tiket Wayang, Tiket Konsert, Tiket Wayang dan lain-lain.

 

 

 

 

3.1 Percuma Merchandise Tune Talk

Pelbagai merchandise boleh ditebus dengan mata ganjaran Tune Talk Big Point anda secara PERCUMA. Antaranya telefon pintar, aksesori telefon, t-shirt, jam dan pelbagai lagi produk terkini.

 

 

3.2 Percuma Tiket Penerbangan Air Asia

Anda juga boleh menebus mata ganjaran Big Point dengan Tiket Penerbangan Air Asia secara PERCUMA ke mana-mana sahaja destinasi pilihan anda.

4. PERCUMA P.A INSURANS

Setiap kali anda topup dengan nilai RM50 dan ke atas, secara automatik anda akan mendapat perlindungan insurans peribadi (P.A) secara PERCUMA bernilai RM50,000 daripada Etiqa Takaful.

 

Contohnya, anda topup RM50 pada bulan ini, anda dilindungi insurans kemalangan pada bulan berikutnya.
5. DISKUAN TUNE HOTEL

Sebagai pengguna simkad Tone Plus, anda layak untuk menikmati potongan sehingga 30% (kadar korporat) apabila menginap di mana-mana cawangan Tune Hotel.

 


Anda perlu maklumkan masa & lokasi percutian kepada pihak HQ Tone Plus, dan mereka akan uruskan proses tempahan hotel.

6. KEMPEN KEKAL NOMBOR LAMA TONE PLUS 2016

Ahli Tone Plus menyertai dengan mengekalkan nombor lama kesayangan mereka, layak untuk sertai cabutan bertuah tahunan 2016, Kempen Kekal Nombor Lama daripada pihak syarikat.

 

Antara hadiah yang ditawarkan…

HADIAH                                                PENAJA

Hadiah Pertama : BMW 3 Series (316i)            Hadiah Pertama : RM25,000

Hadiah Kedua : Kawasaki Vulcan S                 Hadiah Kedua : RM15,000

Hadiah Ketiga : Yamaha Lagenda 115z           Hadiah Ketiga : RM3,000

Hadiah Keempat : Wang Tunai RM5,000         Hadiah Keempat : RM2,000

Hadiah Kelima : Wang Tunai 3,000                 Hadiah Kelima : RM1,500

Hadiah ke 6-10 : Wang Tunai RM2,000           Hadiah Saguhati : RM1,000

Contohnya: Ahli tajaan anda menang hadiah pertama BMW 3 Series, sebagai penaja anda akan mendapat RM25,000.

Syarat penyertaan: Topup terkumpul sebanyak RM300, dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

 

7. KEMPEN PENAJAAN TONE PLUS 2016

Pihak Tone Plus juga telah menganjurkan kempen penajaan tertinggi kepada semua ahli-ahli Tone Plus.

 

Hadiah kempen adalah seperti berikut…

Hadiah Pertama: 1 Tiket ke Istanbul Turki

Hadiah Kedua: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

Hadiah Ketiga: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

Hadiah Keempat: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

Hadiah Kelima: 1 Tiket ke Ho Chi Minh
Syarat Penyertaan: Minimum tajaan 11 orang sebulan untuk 1 tiket cabutan. Cabutan akan dibuat pada bulan Ogos 2016.
Tempoh Kempen Tajaan: 1 November 2015 sehingga 31 Julai 2016.

8. INSENTIF UMRAH TONE PLUS 2016

Sebagai pengguna simkad Tone Plus, anda juga layak menikmati insentif UMRAH bernilai RM5,000 secara PERCUMA apabila komisyen anda mencapai tahap yang ditetapkan.

Normal User (NM)                   : Komisyen RM1,300
Service Center (SC)                 : Komisyen RM2,000
Premium Service Center (PSC)  : Komisyen RM2,500
Branch (BR)                            : Komisyen RM3,000

Anda juga boleh menukarkan pakej umrah ini dengan wang tunai RM4,000.

 

9. INSENTIF PELANCONGAN TONE PLUS 2016

Sebagai pengguna simkad Tone Plus juga, anda layak untuk menikmati insentif pelancongan ke Bandung, Indonesia & Beijing, China untuk tahun 2015.

 


Syarat penyertaan…

        Istanbul, Turki                     Ho Chi Minh, Vietnam
Belian Simkad : 2,300 simkad           Belian Simkad : 1,100 simkad
Duit Poket : RM2,000                      Duit Poket : RM800

Tempoh belian simkad: 1 November 2015 sehingga 31 Julai 2016.

10. KEMPEN TOPUP 2016

Setiap kali anda topup RM200 dan ke atas setiap bulan, anda layak untuk dapat 1 tiket untuk cabutan bertuah Kempen Topup 2016.

 

Hadiah kempen adalah seperti berikut…

Hadiah Pertama: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

Hadiah Kedua: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

Hadiah Ketiga: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

Hadiah Keempat: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

Hadiah Kelima: 1 Tiket ke Ho Chi Minh

 

Cabutan akan dibuat pada Ogos 2016.

Tempoh Kempen Topup : 1 November 2015 sehingga 31 Julai 2016.

 

 

11. KEMPEN 2nd TOPUP

Anda layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan dan tahunan Kempen 2nd Topup dengan melakukan topup kedua dengan nilai RM60 atau RM100 (dalam 1 transaksi).

 

 

Hadiah kempen adalah seperti berikut…

Hadiah Bulanan                Hadiah Tahunan

1st : RM5,000                   1st : RM30,000

2nd: RM3,000                  2nd : RM20,000

3rd : RM2,000                 3rd : RM10,000

4th : RM1,000 x 5       4th : RM5,000 x 8

 

Syarat untuk sertai cabutan tahunan adalah..

1 Cabutan = 6 bulan x Topup ke-2

2 Cabutan = 12 bulan x Topup ke-2

 

——————————————

Bandingkan dengan simkad yang anda gunakan sekarang. Ini lah kelebihan yang anda akan dapat apabila upgrade ke simkad Tone Plus.
daftar-sekarang

 


APA BEZA TONE PLUS DAN TONE EXCEL?

Oleh kerana ramai yang tanya apa beza Tone Plus dengan Tone Excel, saya akan cuba perincikan supaya anda faham. Sebelum anda baca dengan lebih lanjut, anda kena set dalam minda anda.. Kedua-dua program samada Tone Plus atau Tone Excel MEMPUNYAI KELEBIHAN MASING-MASING..

Nak pilih yang mana tu terpulang kepada citarasa masing-masing.. Tepuk dada tanya selera.. Masing2 punya strategi yang tersendiri..
Orait.. Kita terus kepada topik kita.. Saya akan senaraikan perbezaan dan kelebihan Tone Plus dan Tone Excel mengikut pandangan saya.. Jika ada yang anda tidak setuju, saya raikan.. Sebab masing-masing punya hak untuk berikan pandangan.. Tapi kalau ada silap fakta, mohon betulkan saya..
Manfaat asas semua sama, tiada beza antara Tone Plus dan Tone Excel..
Jika Tone Plus dapat data percuma, Tone Excel pun sama..
Jika Tone Plus ada cabutan hadiah BMW, Tone Excel pun sama..

So Apa Beza Tone Plus dan Tone Excel?

1. Umur Syarikat

Anda harus tahu yang Tone Plus dan Tone Excel adalah adik beradik, kedua-duanya dibawah Tone Group. Ahli lembaga pengarah Tone Plus dan Tone Excel adalah orang yang sama.
Tone Excel dilancarkan pada 10 Februari 2010.
Tone Plus dilancarkan pada 19 Oktober 2012.
Walaupun Tone Plus dilancarkan pada 2012, program ini mula mendapat sambutan pada penghujung 2013 selepas penambahbaikan demi penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak syarikat. Well done Tone Group!

Kelebihan Tone Excel

Mudah nak closing sebab ahli dah ramai, dah sejuta lebih ahli. Semua orang pun dah kenal Tone Excel. Testimoni pun banyak. Prospek lebih yakin.

Kelebihan Tone Plus

Ahli terkini (awal Mei 2016) melebihi 150,000. Purata 400 pendaftaran ahli baru setiap hari. Maksudnya market masih luas, peluang masih banyak untuk diterokai.

2. Yuran Keahlian

Yuran keahlian untuk menyertai program Tone Plus dan Tone Excel adalah sama iaitu RM98.60 (harga termasuk GST). Yang berbeza ialah belian simkad kedua dan seterusnya selepas menjadi ahli.
Tone Excel beli RM98.60
Tone Plus beli RM78.60

*Ini harga untuk normal member, harga berbeza mengikut pangkat. Rujuk jadual dibawah.

Kelebihan Tone Excel

Tiada isu harga.

Kelebihan Tone Plus

Ahli boleh restok dengan modal yang rendah. Contohnya dengan modal RM786 sahaja ahli dah boleh dapat 10 simkad. Manakala untuk menjadi Service Center hanya bermodalkan RM8,952 sahaja.

3. Untung Runcit

Untung runcit Tone Plus dan Tone Excel sama, iaitu RM20 bagi setiap simkad. Bezanya..
Tone Excel masuk bank.
Tone Plus dapat tunai.

Kelebihan Tone Excel

Ada rekod transaksi kemasukan untung runcit ke dalam bank. Boleh dijadikan testimoni kepada prospek. Prospek lebih yakin Tone Excel boleh buat duit. Contohnya boleh promo kerja dengan gaji 3x sebulan.

Kelebihan Tone Plus

Tak perlu tunggu masuk bank, boleh dapat terus kat tangan apabila prospek bayar. Duit ini boleh digunakan untuk belanja prospek time closing. RM20 dapat full tanpa perlu tolak RM3 caj transaksi bank.

4. Minimum Topup

Setiap ahli Tone Plus dan Tone Excel perlu topup minimum setiap bulan untuk layak dapat komisyen topup.
Tone Excel topup min. RM20 dan RM60
Tone Plus topup min. RM30
,
*Ini topup min. untuk normal member, ia berbeza mengikut pangkat. JC, SC dan PSC topup min RM80, BR dan PBR topup min. RM100.

Kelebihan Tone Excel

Ahli ada pilihan untuk pilih jumlah topup min. mengikut kemampuan. Jumlah komisyen berbeza mengikut jumlah topup min. Rujuk gambar di bawah.

Kelebihan Tone Plus

Hanya satu kadar topup min. yang rendah iaitu RM30, terus layak untuk dapat komisyen 13% tanpa mengira level.

5. Pelan Pemasaran

Yang no. 5 ni antara beza Tone Plus dan Tone Excel yang paling ketara. Anda baca dan faham betul-betul. Untuk pelan pemasaran:
Tone Excel guna Unilevel.

Tone Plus guna Reverse 2up.

Kelebihan Tone Excel

Walaupun komisyen hanya boleh dimakan sehingga level 3, banyak strategi boleh digunapakai seperti strategi ‘sate’. Lihat gambarajah dibawah:

Strategi ni anda kena buka 3 akaun, tak kisah atas nama siapa. Semua atas nama anda sendiri pun boleh. Kalau sayang bini, letak la nama bini satu. Contoh A1, A2, A3.. Dah siap cucuk sate, anda boleh mula rekrut ahli baru (D1 – D7) dan susun semuanya dibawah akaun ketiga anda (A3).

Apabila D1 – D7 topup, ketiga-tiga akaun anda akan dapat komisyen. A1 dapat 13% (sebab D1 – D7 adalah level-3 A1), A2 dapat 3% (sebab D1 – D7 adalah level-2 A2) dan A3 dapat 10% (sebab D1 – D7 adalah level-1 A3). Contoh diatas dengan andaian anda dan semua orang topup min. RM60 setiap bulan. So berapa yang anda dapat. Jom kita kira satu-satu:

Komisyen A1:

Level 1 = [RM60 x 1 (A2) = RM60 x 10%] = RM6.00
Level 2 = [RM60 x 1 (A3) = RM60 x 3%] = RM1.80
Level 3 = [RM60 x 7 (D1 – D7) = RM420 x 13%] = RM54.60
Total = RM62.40

Komisyen A2:

Level 1 = [RM60 x 1 (A3) = RM60 x 10%] = RM6.00
Level 2 = [RM60 x 7 (D1 – D7) = RM420 x 3%] = RM12.60
Total = RM18.60

Komisyen A3:

Level 1 = [RM60 x 7 (D1 – D7) = RM420 x 10%] = RM42

Total = RM42.00

Total Komisyen A1 + A2 + A3 = RM123*

*Perlu ambil kira kos untuk min. topup 3 akaun x RM60 = RM180

Kelebihan Tone Plus

Di Tone Plus, hanya dengan 1 akaun sahaja, tapi strategi fokus direct sponsor. Ambil contoh dengan jumlah network yang sama seperti dalam contoh Tone Excel diatas = 10 orang.

Katakan anda A1, dan anda ada 9 direct sponsor.

Komisyen A1:

9 x RM60 = RM540 x 13% = RM70.20*

*Perlu ambil kira kos untuk min. topup 1 akaun x RM30 = RM30

Ini adalah komisyen pada bulan pertama, sistem Reverse 2up akan bantu kembangkan network anda pada bulan-bulan seterusnya secara INFINITI TANPA HAD LEVEL. Network akan berganda dengan nisbah 1:3 secara automatik. Dengan hanya duplikasi 4 ahli, terus layak komisyen 13% secara infiniti.

Rujuk video ini untuk lebih faham:

6. Pangkat

Tone Excel dan Tone Plus menawarkan laluan kerjaya yang sangat bagus kepada ahli. Ramai yang telah berjaya perolehi pendapatan yang lumayan melalui program ini.
Tone Excel mempunyai 3 pangkat:
1. Junior Center – belian 120 simkad x RM95.60 = RM11,472
2. Service Center – belian 250 simkad x RM94.60 = RM23,650
3. Branch – belian 1,500 simkad x RM89.60 = RM134,400
 
Tone Plus mempunyai 4 pangkat:
1. Service Center – belian 120 simkad x RM74.60 = RM8,952
2. Premium Service Center – belian 250 simkad x RM73.60 = RM18,400
3. Branch – belian 1,500 simkad x RM70.60 = RM105,900
4. Premium Branch – lantikan syarikat (tidak ternilai!)

Kelebihan Tone Excel dan Tone Plus

Tone Group ternyata menyediakan platform dan laluan kerjaya/ bisnes yang terbaik kepada ahli. Beza disini hanyalah pada Premium Branch di Tone Plus. Ianya adalah lantikan syarikat berdasarkan prestasi setiap leader (tak boleh naik melalui belian simkad).

7. Insentif Kepimpinan

Disamping komisyen topup, apabila ahli dah naik ke pangkat-pangkat tertentu, Tone Plus dan Tone Excel akan memberikan insentif kepada mereka sebagai penghargaan kerana membantu memajukan bisnes ini.
Tone Excel membayar overriding kepada leader.
Tone Plus membayar royalti kepada leader.

Kelebihan Tone Excel

Overriding adalah komisyen yang leader (JC, SC, BR) dapat ke atas network masing-masing. Semakin besar network, semakin banyak komisyen. Kadar berbeza-beza mengikut struktur pangkat yang ada dalam network tersebut. Lihat jadual dibawah (Sumber = Borang HQ):

*Branch overriding terkini 5.5%. Boleh override Branch di level 1 = 2% dan di Branch di level 2 = 1%.
Katakan anda Branch, anda layak menerima overriding 5.5% ke atas network anda. Jom kita kira berapa potensi overriding anda. Katakan network anda ada 10,000 ahli. Masing-masing topup RM60.
Kita andaikan dalam network anda, hanya anda seorang yang Branch, tiada Branch lain mahupun Service Center. Ini untuk memudahkan kiraan kerana overriding anda akan berbeza pengiraannya jika ada Branch atau Service Center dalam network anda.
Contohnya gambarajah network dibawah, apabila ada lain-lain pangkat dalam network anda, overriding anda akan diagih-agihkan. Jadi struktur tersebut terlalu subjektif untuk dijadikan contoh.
So potensi overriding anda sebagai Branch solo ialah:
10,000 ahli x RM60 x 5.5% = RM33,000

Kelebihan Tone Plus

Royalti adalah komisyen yang leader (SC, PSC, BR, PBR) dapat ke atas setiap simkad yang diedar tanpa mengira network. Royalti ini tidak akan berkurang sekiranya downline naik pangkat samada sama level atau lebih tinggi daripada anda.

Katakan anda Premium Branch, anda layak menerima royalti 6% ke atas setiap simkad yang diedar (termasuk bukan daripada network anda). Jom kita kira berapa potensi royalti anda. Katakan network anda ada 10,000 ahli. Masing-masing topup RM60.
Potensi royalti anda sebagai Premium Branch:
10,000 ahli x RM60 x 6% = RM36,000
 
 
Selain royalti tidak berkurang apabila downline naik pangkat, leader di Tone Plus juga akan menikmati tambahan komisyen topup apabila mereka naik pangkat. Lihat jadual dibawah:
Katakan anda Premium Branch dan anda menaja direct, anda akan dapat total komisyen 17% + 6% = 23%.
Nak lagi best anda boleh main strategi sate kat sini. Katakan anda ada akaun Premium Branch, Branch, Premium Service Center dan Service Center..
Anda taja direct anda dapat komisyen topup 17% + royalti 6% + 4.5% + 3.5% + 1% = 32%!!!
 
Malah jika fokus kepada royalti sahaja pun anda dah ada 15% ke atas setiap simkad.
 
Lagi satu kelebihan sistem royalti ialah, ahli boleh fokus untuk mengedar simkad walaupun tanpa network. Lihat contoh akaun PSC dibawah, total network yang berdaftar bawah PSC tersebut hanya 4 orang, dan jika dilihat daripada bulan Januari sehingga April 2016, tiada penajaan pun dibuat. Namun pendapatan pasif daripada akaun tersebut tetap berjalan hasil daripada royalti simkad.

Kesimpulan

 
Orait, cukup dulu saya share 7 beza Tone Plus dan Tone Excel serta apa kelebihan masing-masing. Ada lagi beberapa sudut yang saya tak sempat nak sentuh. InsyaAllah ada masa nanti saya update.
So sebagai kesimpulannya saya boleh rumuskan yang kedua-dua program ini memang sangat hebat! Anda pilih yang mana paling sesuai dengan anda dan fokus betul-betul. Kejayaan pasti milik anda. Sehebat manapun sesuatu program tu, kalau kita tak bersungguh-sungguh. Tak kemana juga.. Betul tak?